fbpx
KEADAAN jambatan yang runtuh susulan hujan lebat di Kampung Ulu Geruntum, Kuala Razila, Gopeng semalam.- FOTO IHSAN JBPM PERAK

Tiga bayi, 20 mangsa terselamat kejadian kepala air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOPENG – Tiga bayi merupakan antara 20 yang terselamat dalam kejadian kepala air di Kampung Ulu Geruntum, Kuala Razila di sini petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, jambatan jambatan yang digunakan oleh penduduk kampung Orang Asli turut runtuh menyebabkan akses perhubungan darat terputus.

“Terdapat seramai 20 orang mangsa yang terdiri daripada empat kanak-kanak lelaki, dua warga emas, lima lelaki dewasa.

“Selain itu, sembilan perempuan dewasa, (seorang mengandung) dan tiga bayi telah terperangkap di rumah masing-masing dan berada dalam keadaan selamat serta mereka memaklumkan bekalan makanan mencukupi,” katanya di sini hari ini.

Katanya, seramai 30 orang mangsa lagi yang keluar bekerja tidak dapat pulang ke rumah masing-masing akibat jambatan yang runtuh.

“Mereka telah ditawarkan untuk menginap di Gopeng Highlands Resort sementara menunggu keadaan kembali reda.

“Di samping itu, perbincangan bersama dengan polis, pegawai daerah, pegawai dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), ketua kampung, Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng serta pegawai dari APM bersetuju menempatkan penduduk yang tidak dapat pulang ke rumah di resort berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN