fbpx
Tangkap layar video dimuat naik di TikTok oleh Amirashraf585 memperlihatkan seekor gajah menikmati durian di tepi sebuah kenderaan.

[VIDEO] ‘Saya sedekah durian untuk awak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Detik cemas bertukar menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi seorang lelaki apabila durian miliknya dimakan oleh seekor gajah liar di kawasan parkir Banjaran Titiwangsa, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, haiwan berkenaan dilihat menghampiri bahagian belakang kenderaan pikap yang membawa muatan buah durian.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok oleh Amirashraf585, dia meluahkan rasa syukur kerana gajah berkenaan langsung tidak mengusik atau merosakkan buah durian yang berada di bahagian belakang pikap miliknya.

Sebaliknya, gajah tu hanya memilih untuk menikmati buah durian yang terjatuh di tepi kenderaan itu.

“Saya sedekah untuk awak petang ini. Terima kasih awak tak ganggu kereta saya,” katanya.

Menurutnya, kesemua durian yang berada di dalam kereta tersebut merupakan hasil yang mahu disedekahkan kepada orang ramai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna berasa lucu melihat gelagat haiwan tersebut yang kelihatan tenang memakan durian.

“Tak cukup tiga biji dia kata. Biasa makan 60 biji bagi lagi,” seloroh Yahaya.mamat28.

“Tengok dia macam angguk-angguk bila abang suruh dia makan,” kata Bay5744. – KOSMO! ONLINE

@amirashraf585♬ bunyi asal – Ayah Amir

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN