fbpx
Kejadian kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Reko, pagi tadi. FOTO MEDIA SOSIAL

Bapa, anak dua tahun cedera kemalangan di Jalan Reko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang penjawat awam dan anak perempuannya cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Reko di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.45 pagi.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu sebuah kenderaan yang datang dari arah Kajang menghala ke Jalan Reko menuju ke Kajang dan sebuah lagi kenderaan dari arah bertentangan yang dipercayai ingin membelok masuk ke simpang MRT Jalan Reko.

“Akibat kemalangan itu, seorang penjawat awam lelaki berusia 36 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan.

“Anak perempuan mangsa yang berusia dua tahun turut mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan tangan, manakala seorang lagi pemandu iaitu seorang peniaga lelaki berusia 50 tahun mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 12 bulan serta denda antara RM5,000 hingga RM10,000 jika disabitkan kesalahan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Saifudin Saadun di talian 011-21119379 bagi membantu siasatan.

Naazron turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa memandu secara berhemah, mematuhi peraturan lalu lintas dan berhati-hati ketika berada di jalan raya bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN