fbpx
ENGLAND membuka saingan Piala Dunia dengan langkah kanan selepas mencatat kemenangan ke atas Croatia awal pagi semalam. - AFP

Piala Dunia 2026: Ucapan Tuchel ubah nasib England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DALLAS – Kata-kata semangat pengurus, Thomas Tuchel ketika rehat separuh masa pertama menjadi suntikan motivasi buat England ketika menang 4-2 ke atas Croatia pada aksi Kumpulan L Piala Dunia 2026 di Stadium Dallas awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, skuad The Three Lions meledak empat gol menerusi dua jaringan Harry Kane serta masing-masing satu gol Jude Bellingham dan Marcus Rashford, manakala gol Croatia dijaringkan Martin Baturina dan Petar Musa.

Kane yang juga kapten pasukan mendedahkan, Tuchel berjaya membakar semangat pemain-pemain England ketika waktu rehat selepas Croatia bangkit sebanyak dua kali bagi menyamakan kedudukan 2-2.

“Permainan kami hari ini (semalam) cukup berbeza kerana aksi separuh masa pertama tidak mencapai standard sebenar. Kami juga kecewa dengan cara bagaimana pasukan melepaskan dua gol berkenaan.

“Saya harus memberikan kredit kepada pengurus (Tuchel) kerana kata-kata beliau ketika waktu rehat membuatkan kami ada kepercayaan baharu. Beliau mahu kami bermain seperti biasa biarpun mungkin berdepan kekalahan,” katanya.

Tambah pemain Bayern Munich itu, Croatia juga bukan calang-calang pasukan kerana meletakkan England dalam situasi sukar sepanjang perlawanan tersebut, lebih-lebih lagi Luka Modric yang menguasai bahagian tengah padang.

“Kami berdepan aksi cukup sukar kerana Croatia memiliki pemain seperti Luka Modric yang sentiasa bekerja keras dan membantu benteng pertahanan. Atas sebab itu kami terpaksa bermain secara agresif,” ujar Kane. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN