DALLAS – England menampilkan aksi cukup dominan ketika menang 4-2 ke atas Croatia dalam saingan Kumpulan L Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Stadium Dallas awal pagi tadi.
Dua gol Harry Kane selain masing-masing satu jaringan Jude Bellingham dan Marcus Rashford sudah cukup bagi memastikan skuad The Three Lions memulakan kempen dengan langkah kanan.
Di bawah kendalian Thomas Tuchel, England dilabelkan sebagai salah satu pasukan pilihan pada edisi kali ini, lebih-lebih lagi dibarisi pemain-pemain ternama dunia.
Walaupun berdepan tentangan sengit di separuh masa pertama apabila Croatia bangkit sebanyak dua kali untuk menyamakan kedudukan, namun England tampil dengan aksi lebih kemas di separuh masa kedua.
Pada perlawanan itu, England dilihat menguasai sepenuhnya permainan apabila memiliki 54 peratus penguasaan bola selain melakukan 12 percubaan tepat ke arah pintu gol Croatia.
Menerusi kemenangan tersebut, juara Piala Dunia 1966 itu berada dalam kedudukan selesa untuk melangkah ke pusingan kalah mati.
Selepas ini, England akan mengharungi aksi kedua menentang Ghana 24 Jun nanti sebelum berdepan Panama empat hari kemudian. – AGENSI














