fbpx
AL SULTAN Abdullah berkenan melakukan gimik pelancaran Modul Kelas Pengajian al Quran Negeri Pahang sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang Tahun 1448 Hijrah/2026 Masihi di Laman Sejahtera Jelai, Felda Sungai Koyan di Lipis hari ini.

Jangan sampai tetamu tentukan haluan nakhoda – Sultan Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan bahawa sifat belas ihsan dan perikemanusiaan yang diamalkan rakyat negara ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menggadaikan kedaulatan negara atau membiarkan pihak tertentu melangkaui batas yang ditetapkan undang-undang.

Baginda bertitah, kebelakangan ini rakyat semakin gusar apabila melihat segelintir golongan yang pada asalnya diterima atas dasar kemanusiaan kini semakin berani mengemukakan pelbagai tuntutan yang tidak selari dengan kedudukan mereka di negara ini.

Titahnya, dalam adat Melayu dan ajaran Islam, tetamu sentiasa dimuliakan, namun mereka yang menerima layanan tersebut perlu memahami adab, menghormati undang-undang dan mengetahui batas kedudukan masing-masing.

“Kebelakangan ini, rakyat semakin gusar apabila melihat golongan tertentu yang pada asalnya diterima atas dasar kemanusiaan, kini semakin berani mengemukakan pelbagai tuntutan yang tidak selari dengan kedudukan mereka di negara ini.

“Dalam adat Melayu dan ajaran Islam, tetamu sentiasa dimuliakan. Namun, tetamu yang mengenal adab akan tahu menghargai budi, menghormati undang-undang dan memahami batas dirinya.

“Jangan sampai biduk yang ditumpangkan akhirnya mahu menentukan haluan nakhoda. Jangan sampai kerana terlalu murah hati, tuan rumah pula dipersoalkan haknya di rumah sendiri,”titahnya.

Al Sultan Abdullah bertitah demikian sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang Tahun 1448 Hijrah/2026 Masihi di Laman Sejahtera Jelai, Felda Sungai Koyan di sini hari ini.

Tambah baginda, peristiwa hijrah Rasulullah yang dihayati umat Islam pada hari ini memberi pengajaran bahawa sesebuah masyarakat tidak dapat dibina hanya berasaskan belas ihsan semata-mata, sebaliknya perlu diperkukuhkan dengan keadilan, kedaulatan dan undang-undang.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN