fbpx
KETANGKASAN penjaga gol Cape Verde, Vozinha benar-benar memberikan masalah besar buat Sepanyol yang gagal merobek gawang pasukan itu. - AFP

Piala Dunia 2026: Sepanyol gagal tepati ramalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ATLANTA – Pengendali Sepanyol, Luis de la Fuente menyeru barisan pemain kekal bertenang meskipun pasukannya dikejutkan Cape Verde dengan keputusan seri tanpa jaringan dalam aksi Kumpulan H saingan Piala Dunia 2026 awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, skuad La Roja selaku juara Eropah gagal memecahkan benteng pertahanan Cape Verde walaupun menguasai sebahagian besar permainan, sekali gus mengulangi masalah ketumpulan serangan yang menghantui mereka pada Piala Dunia edisi 2018 dan 2022.

Bagaimanapun, De la Fuente menegaskan beliau masih yakin skuad La Roja mampu melangkah jauh dalam kejohanan kali ini.

“Tidak perlu panik kerana saya yakin perjalanan masih panjang. Jika mengikut perkiraan kami, masih ada tujuh perlawanan lagi untuk diharungi (sehingga ke final).

“Harus diakui pada aksi kali ini, kami pamerkan banyak kelemahan tetapi pasukan perlu tetap kekal dengan falsafah yang telah diterapkan,” katanya.

Mengulas lanjut, De La Fuente turut mengakui Lamine Yamal dan Nico Williams belum cergas sepenuhnya selepas hanya dimasukkan sebagai pemain gantian ketika terdesak untuk memburu gol.

“Mereka berdua adalah pemain yang mampu mengubah permainan, tetapi pemain yang berada di atas padang juga memiliki kualiti tersendiri.

“Apa yang kami perlukan sekarang adalah mencari semula rentak serta sentuhan penyudah yang diperlukan untuk melangkah jauh pada kejohanan ini,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN