fbpx
Azalina (tengah) pada Sidang Media Karnival Jelajah Dasar Peluang Kedua Insolvensi di Putrajaya hari ini.

Pulau, helikopter aset bakal dilelong Jabatan Insolvensi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebuah pulau dan helikopter menjadi antara aset yang bakal melalui proses bidaan pada Karnival Jelajah Dasar Peluang Kedua Insolvensi 2026 yang dijadualkan berlangsung di seluruh negara bermula 26 Jun depan.

Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi (Interim), Jabatan Insolvensi, Mohd. Mukhzany Fariz Mohd. Mokhtar berkata, jabatan berkenaan juga akan melelong sebuah kapal layar mewah (yacht) serta kereta mewah dan pelbagai harta lain.

“Selain itu, pengendali platform e-dagang Shopee serta beberapa syarikat juga akan tampil mengadakan lelongan barangan tidak dituntut bermula pada harga RM1.

“Kita kumpulkan aset yang ada satu Malaysia. Setakat ini, di Sabah akan ada satu pulau yang akan dilelong. Helikopter kita ada, yacht kita ada.

“Di Putrajaya sendiri kita akan ada lelongan kereta mewah termasuk Bently dan Audi.

“Justeru, saya tidak boleh nak menyatakan berapa jumlah yang bakal dikutip hasil daripada lelongan kerana ia akan tertaluk kepada bidaan yang akan dibuat,” katanya pada sidang media Karnival Jelajah Dasar Peluang Kedua Insolvensi 2026, di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said merasmikan pra pelancaran karnival berkenaan di sini, hari ini.

Mohd. Mukhzany berkata, karnival berkenaan akan dilaksanakan di enam zon bermula di Putrajaya sebelum ke destinasi lain dan diakhiri di Sabah (November) serta Sarawak pada Disember ini.

“Bermula pada pada 26 hingga 28 Jun ini kita akan jalankan di Zon Tengah yang merangkumi kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dan pada Julai kita akan pergi ke Johor dan Melaka.

“Selepas itu kita akan ke Pantai Timur merangkumi Pahang, Kelantan dan Terengganu dan pada Oktober di sebelah utara iaitu di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis,” katanya.

Beliau berkata, semua aset yang dilelong pada karnival di Putrajaya akan disenaraikan melalui laman sesawang Jabatan Insolvensi mulai Khamis ini untuk diakses oleh mereka yang berminat.

Pembida juga boleh terus ke tapak karnival pada 26, 27 dan 28 Jun ini dan mengimbas kod QR yang disediakan dan membeli e-book bagi melihat aset yang akan dilelong pada tarikh terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN