fbpx
Lokasi terakhir mangsa dilihat adalah di Maahad Tahfiz Al-Munawarrah, Ulu Kelang, Ampang.

Muhammad Daniel hilang selepas keluar dari pusat tahfiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Polis memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pelajar berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari sebuah pusat tahfiz di Ulu Kelang, di sini, kelmarin.

Remaja yang hilang dikenali sebagai Muhammad Daniel Azizan Abdullah, ketinggian kira-kira 175 sentimeter, berat sekitar 65 kilogram, berbadan kurus dan berkulit cerah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja terbabit selepas bapanya dimaklumkan oleh pihak pengurusan tahfiz kira-kira pukul 8.15 malam pada 12 Jun lalu.

Katanya, pengadu yang ketika itu sedang berada di rumah dimaklumkan bahawa anaknya telah melarikan diri dari institusi berkenaan.

“Pengadu memaklumkan tidak mengetahui punca anaknya bertindak keluar dari tahfiz dan pihak pengurusan turut memaklumkan tiada sebarang perselisihan faham berlaku sebelum kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lokasi terakhir mangsa dilihat adalah di Maahad Tahfiz Al-Munawarrah, Ulu Kelang, Ampang.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan keberadaan Muhammad Daniel diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Maklumat juga boleh disalurkan terus ke Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di talian 03-4289 7222 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Alia Dyana Raimi di talian 017-6515 201. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN