fbpx
Anggota polis mengangkat mayat Mualim yang dijumpai di Sungai Air Jertih di Kampung Seberang Tayor, Kemaman semalam.

Mayat ditemui terapung bawah jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Mayat seorang lelaki yang hilang sejak Rabu lalu ditemui terapung di Sungai Air Putih, berhampiran sebuah jambatan Kampung Seberang Tayor, di sini, semalam.

Penduduk kampung menjumpai mayat Mualim Johari, 38, tersangkut pada timbunan kayu dalam sungai itu pada pukul 6 petang.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, mayat lelaki itu telah dibawa naik ke tebing sungai oleh anggota bomba dan dan kes kematian Mualim diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Pemeriksaan fizikal terhadap mayat mangsa mendapati tiada sebarang kesan perbuatan jenayah. Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN