fbpx
Annuar Musa

PRN Johor: Annuar Musa dilantik Pengarah Pilihan Raya Pas Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Pas Johor mengesahkan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya negeri itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, pelantikan tersebut dibuat bagi memperkukuhkan gerak kerja parti menjelang pilihan raya yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

Menurut beliau, pengalaman luas Annuar dalam mengendalikan pilihan raya dan strategi politik diyakini mampu membantu Pas serta rakan-rakan gabungan menghadapi saingan pada PRN Johor.

“Pas Johor meneruskan segala persiapan pilihan raya seperti yang telah dirancang termasuk menggerakkan jentera di peringkat kawasan dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Walaupun berlaku perubahan jajaran politik selepas Pas memutuskan hubungan dengan Bersatu, gerak kerja pilihan raya tetap diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Pas Johor di Ibu Pejabat Pas Johor, Bandar Baru Uda di sini, malam semalam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN