fbpx
Gambar yang dikongsi di laman Facebook Selangor Royal Office.

Sultan Sharafuddin berkenan namakan kapal kedua LMS Batch 2 Raja Laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kapal Misi Pesisir (LMS) kedua Batch 2, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dinamakan sebagai Raja Laut atas perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pemilihan nama tersebut diambil sempena nama tokoh bangsawan dan pentadbir berwawasan Selangor pada akhir abad ke-19.

Jelas beliau, upacara penamaan dan pelancaran kapal kedua LMS Batch 2 itu disempurnakan Sultan Sharafuddin bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang telah berkenan berangkat ke Istanbul Shipyard, Türkiye.

“Pelancaran ini menyusul kejayaan pelancaran kapal pertama, Tunku Laksamana Abdul Jalil pada 24 Mei lalu.

“Program LMS Batch 2 merupakan kerjasama Government-to-Government pertama antara Malaysia dan Türkiye dalam perolehan kapal perang TLDM,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, ketiga-tiga kapal LMS Batch 2 dijangka diserahkan menjelang akhir tahun 2027.

“Ia bagi memperkukuh keupayaan pertahanan maritim negara serta menyokong Pelan Transformasi 15-to-5 TLDM.

“Semoga kapal Raja Laut menjadi simbol kekuatan, kesiapsiagaan dan keazaman negara dalam mempertahankan kedaulatan serta kepentingan maritim Malaysia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN