fbpx
Gambar hiasan.

Sifar buli di MRSM hampir capai matlamat – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sasaran sifar buli di institusi pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) teutamanya di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) hampir mencapai matlamatnya.

Berkongsi kejayaan itu, Pengerusi Mara, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara tersebut dapat direalisasikan dengan pelbagai langkah termasuk menempatkan bekas anggota tentera sebagai warden asrama.

Selain itu katanya, Mara juga sedang bekerjasama dengan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi mencari formula untuk menangani kes buli mental.

“Saya juga ucap terima kasih dan syabas kepada pengurusan Mara dan MRSM yang menyambut baik ketegasan dan prinsip yang diletakkan dalam menangani kes-kes buli.

“Prinsip #YouTouchYouGo membuktikan ketegasan tidak berkompromi dalam apa jua isu buli,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.

Tambah beliau, prinsip itu terpakai untuk semua tidak kira latar belakang pembuli atau keluarga pembuli.

“Ini termasuk tiada lagi kecenderungan untuk menutup kes-kes di bawah permaidani antara faktor penyumbang penurunan mendadak kes-kes buli di MRSM. Alhamdulillah!,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN