fbpx
Gambar hiasan.

Laut bergelora di Selat Melaka Utara hingga Khamis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di perairan Phuket dan Selat Melaka Utara sehingga Khamis ini.

MetMalaysia memaklumkan, angin kencang barat berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dijangka berlaku dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Menurutnya, keadaan angin kencang dan laut bergelora berkenaan berbahaya kepada bot-bot kecil serta aktiviti rekreasi dan sukan laut.

Orang ramai khususnya komuniti maritim dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat cuaca terkini daripada MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN