SEPANG- Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh kanak-kanak berusia setahun 11 bulan dalam kejadian di sebuah rumah di Putra Perdana bulan lalu.
Tertuduh, Nur Syuhaida Jamalluddin, 32, didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 9.31 hingga 11.24 pagi, 18 Mei lalu di Taman Putra Perdana, Puchong di sini.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa menyebabkan kematian mangsa, Dhiya Falisha Mustaqim. Bagi kesalahn itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan, Nur Syuhaida boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sekurang-kurangnya 12 sebatan, sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norfarahanim Abdul Halim dan tertuduh turut diwakili seorang peguam. – KOSMO! ONLINE














