fbpx
API dan asap kelihatan akibat letupan kilang bunga api Ta’ Lourdes di Naxxar, utara Malta semalam. – AGENSI

[VIDEO] Ingatkan bom atom, rupanya kilang meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

VALLETTA – Letupan dahsyat  dari sebuah kilang bunga api di Malta menyebabkan dua orang cedera semalam, menghamburkan kepulan asap tebal dan serpihan ke  langit, kata  polis.

Kemalangan melibatkan kilang bunga api Ta’ Lourdes di utara pulau Mediterranean itu menggegarkan bangunan-bangunan sekitarnya, demikian  menurut klip video yang disiarkan  akhbar tempatan, Times of Malta dan Malta Today.

Beberapa saksi berkata, letupan pertama berlaku kira-kira pukul 6.35 pagi(waktu tempatan),  diikuti oleh letupan kedua yang sangat kuat

Dua lelaki yang cedera ringan sedang bekerja di ladang berhampiran apabila letupan berlaku, kata polis di media sosial.

Menurut polis, tiada pekerja berada di kilang pada masa kejadian.

Siri letupan  kecil lain kedengaran walaupun selepas beberapa jam  letupan pertama berlaku, lapor Times of Malta.

Edward Mercieca  yang tinggal berhampiran kilang tersebut memberitahu akhbar itu bahawa dia terjaga disebabkan bunyi letupan pertama.

“Ia seperti seseorang mengambil tukul sebesar lori dan mengetuk bahagian tepi rumah saya,” dia dipetik sebagai berkata oleh Times of Malta.

“Kepulan asap yang menjulang  pasti setinggi 300 meter,” tambahnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN