fbpx
NEYMAR dilapor mengalami kecederaan betis, namun dijangka mampu beraksi pada saingan Piala Dunia nanti. - AFP

Piala Dunia: Ancelotti langsung tidak menyesal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RIO DE JANEIRO – Pengendali Brazil, Carlo Ancelotti tetap mempertahankan keputusannya menyenaraikan Neymar dalam skuad ke Piala Dunia 2026 meskipun penyerang sensasi itu masih bergelut dengan kecederaan betis.

Keyakinan Ancelotti itu hadir ketika Brazil mempamerkan aksi meyakinkan menerusi kemenangan besar 6-2 ke atas Panama dalam aksi pemanas badan terakhir awal pagi semalam.

Menurut Ancelotti, walaupun Neymar mengalami koyakan bahagian betis tahap dua dan bukannya sekadar bengkak, pemain Santos itu masih berpotensi untuk diturunkan dalam peringkat kumpulan.

“Sejak saya memutuskan skuad, Neymar memang berada dalam senarai 26 pemain. Kami jangka dia boleh beraksi pada perlawanan pertama Piala Dunia.

“Jika dia belum bersedia untuk perlawanan pertama, dia akan bersedia untuk perlawanan kedua. Jadi, barisan kejurulatihan tidak mempunyai sebarang keraguan mengenai perkara itu.

“Justeru, saya tidak akan membuat sebarang perubahan dan 26 pemain yang dipilih inilah yang akan terbang ke Piala Dunia,” katanya.

Pada aksi di Stadium Maracana itu, gol-gol skuad Selecao berjaya dijaringkan oleh Vinicius Junior, Casemiro, Rayan, Lucas Paqueta, Igor Thiago dan Danilo.

Brazil dijadual menentang Mesir dalam satu lagi aksi persahabatan di Cleveland, Ohio pada Ahad ini sebelum memulakan kempen Kumpulan C menentang Maghribi pada 13 Jun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN