fbpx
Tangkap layar video Thread kesesakan di Cameron Highlands, Port Dickson dan Genting Highlands susulan cuti umum hari ini.

[VIDEO] Orang keluar bercuti, segenap ceruk jalan sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik di jalan raya ke tempat tarikan dan pusat peranginan ketika ini ‘meriah’ dengan pertambahan kenderaan pengunjung, susulan cuti umum pada hari ini selain cuti persekolahan.

Tinjauan di media sosial mendapati, antara laluan yang berdepan kesesakan dikongsikan pengguna Thread seperti Cameron Highlands, Genting Highlands serta Port Dickson.

Pengguna Thread, Dani Danial memuat naik video kesesakan di satu laluan di Cameron Highlands memperlihatkan deretan kenderaan beratur panjang.

“Nah penyebab jem Cameron Highlands pagi ni,” katanya.

Dalam video itu, kedengaran bunyi hon kenderaan dan kesesakan didakwa berpunca daripada ada pemandu mahu membelok kiri ke stesen minyak, manakala ada juga yang mahu meneruskan perjalanan.

Selain itu, kesesakan juga berlaku di laluan Port Dickson dengan deretan panjang kenderaan pengunjung ke tempat pelancongan tersebut.

“Info info, PD jem guys,” kongsi pengguna Thread Nn_znl menerusi video keadaan laluan di sana.

Keadaan sama turut berlaku di laluan ke Genting Highlands hari ini yang mana banyak deretan kenderaan menghala ke pusat peranginan berkenaan.

“Good luck (semoga berjaya) yang naik Genting hari ni. Sis dah hadap semalam,” kata pengguna Thread Anishzra memuat naik video kesesakan di laluan bertentangan sewaktu dia turun dari lokasi itu hari ini.

Pengguna Thread L4dyn4.n4 pula memuat naik video kesesakan di jalan lama Bentong ke Gombak menghala ke Kuala Lumpur dan difahamkan pengguna kenderaan tersebut memilih jalan itu bagi mengelakkan kesesakan di lebuh raya utama untuk pulang ke ibu negara.

“Jalan lama Bentong-Gombak menghala Kuala Lumpur jem (sesak) guys,” kata seorang pengguna Thread L4dyn4.n4 yang memuat naik video kesesakan tersebut. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN