fbpx
MESSI sebelum ini dilapor mengalami kecederaan hamstring, namun ia tidak terlalu serius. - AFP

Piala Dunia: Messi akhiri spekulasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUENOS AIRES – Legenda Argentina, Lionel Messi sah akan beraksi pada Piala Dunia 2026 selepas disenaraikan dalam skuad La Albiceleste biarpun dikatakan sedang berdepan masalah kecederaan.

Pemain berusia 38 tahun itu juga akan terus diberikan peranan sebagai kapten bagi memimpin pasukan tersebut dalam misi mempertahankan gelaran di mana ia mungkin menjadi penampilan terakhirnya di Piala Dunia.

Beberapa pemain Argentina sebelum ini sudah menyuarakan kesediaan untuk membantu pasukan mempertahankan trofi tersebut, sekali gus menjadi hadiah perpisahan paling istimewa buat Messi.

Terdahulu, timbul spekulasi Messi mungkin tidak disenaraikan ke Piala Dunia kali ini selepas berdepan kecederaan ketika membantu kelabnya, Inter Miami dalam saingan Liga Bola Sepak Utama (MLS).

Bagaimanapun, Argentina dapat menarik nafas lega memandangkan pemenang Ballon d’Or lapan kali itu hanya mengalami masalah otot pada hamstring kirinya dan ia tidak memerlukan masa panjang untuk pulih.

Sementara itu, jurulatih Argentina, Lionel Scaloni juga menafikan bintang utamanya itu mengalami kecederaan serius selain menjelaskan, dia akan menjalani pemeriksaan lanjut sebelum Piala Dunia membuka tirai.

Sebagai rekod, bekas pemain Barcelona itu akan melakukan penampilan keenam dalam saingan Piala Dunia selepas turut beraksi pada edisi 2006 di Jerman, 2010 (Afrika Selatan), 2014 (Brazil), 2018 (Rusia) dan 2022 (Qatar). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN