fbpx
KEADAAN sampah sarap di susur masuk Lingkaran Tengah Utama (LTU) Kechau Tui-Merapoh dekat Lipis, hari ini.

Masih ada anak perantau degil, buang sampah tepi jalan hala Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Laluan utama dari Kuala Lipis ke Merapoh yang menjadi antara akses penting bagi perantau pulang ke Pantai Timur khususnya Kelantan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dilaporkan lancar setakat pukul 6 petang tadi.

Tinjauan Kosmo! di sepanjang laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) itu mendapati, jumlah kenderaan perantau mula meningkat sejak tengah hari, manakala masih terdapat sikap pengguna yang tidak bertanggungjawab apabila dengan sengaja membuang sampah di kawasan tersebut meskipun keadaan tidak seteruk situasi pada musim perayaan sebelum ini.

Seorang pengguna jalan raya, Mohamad Razif Rosli, 40, berkata, dia lega apabila perjalanan pulang dari Bentong menuju ke ke kampung halaman di Kuala Krai, Kelantan bersama keluarganya berjalan lancar hari ini.

“Alhamdulillah, setakat ini perjalanan lancar. Kami memang jangka akan berlaku kesesakan tetapi nampaknya keadaan masih terkawal,” katanya ketika ditemui di Hentian Rehat Sementara Kechau Tui di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Rahanis Sulaiman, 43, memuji inisiatif pihak berkuasa menyediakan tong sampah di sepanjang laluan kerana secara tidak langsung membantu mengekalkan kebersihan kawasan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN