CAMERON HIGHLANDS – Kegembiraan sekumpulan pendaki menawan Gunung Irau berakhir dengan detik cemas apabila seorang daripada mereka mengalami sesak nafas akibat diserang asma.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Mohd. Salahuddin Isa berkata, dalam kejadian pukul 9 malam itu, Nurul Shahira Nor Azli Sham, 24, mendaki gunung tersebut bersama tujuh rakannya dengan diiringi seorang malim gunung.
Katanya, pihak bomba menerima panggilan pada pukul 9 malam sebelum tiba di lokasi kira-kira pukul 10.34 malam.
“Setibanya di lokasi, anggota hanya melakukan persediaan bagi membantu anggota Balai Bomba Simpang Pulai untuk membawa mangsa-mangsa keluar dari Gunung Irau.
“Mangsa yang diserang asma diserahkan kepada petugas Jabatan Kesihatan Kampung Raja untuk mendapatkan rawatan,” katanya hari ini.- KOSMO! ONLINE














