fbpx
LELAKI ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di kawasan kebun di Taman Lembah Bujang, Bedong di Sungai Petani hari ini. - Foto Ihsan JBPM

Lelaki rentung dalam kebakaran rumah kebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di kawasan kebun di Taman Lembah Bujang, Bedong, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia 44 tahun dijumpai pasukan bomba di bilik tidur rumah tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba II Siti Norafiza Mohd Noh berkata, kebakaran memusnahkan kira-kira 80 peratus struktur rumah jenis setingkat kelas A.

“Hasil pemeriksaan lanjut pada pukul 2.13 petang menemukan seorang mangsa lelaki di bilik tidur. Turut musnah dalam kebakaran itu adalah sebuah motosikal yang berada di ruang sama mangsa ditemui,” katanya.

Bagaimanapun katanya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN