NILAI – Seorang pelajar kolej mengakui menyesal dengan tindakannya membuat puntung rokok di tempat awam sehingga terpaksa meminta tolong bapanya untuk membayar denda. Muhammad Afiq Dennis Wee Muhammad Wee, 21, merupakan antara empat orang kena saman (OKS) yang menjalani perintah khidmat masyarakat (PKM) selepas didapati bersalah membuang puntung rokok di tempat awam dalam kejadian berlaku di Seremban Jaya, Januari lalu. Remaja itu bagaimanapun bernasib baik kerana hanya dikenakan denda minima RM200. “Ini takdir dan pengajaran yang saya akan ingat sampai…














