fbpx
Tiga lelaki warga Indonesia ini didakwa mahkamah atas kesalahan penyeludupan migran di Negeri Sembilan dan Selangor awal bulan ini. - IHSAN JIM

3 warga Indonesia didakwa sembunyi migran diseludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiga warga Indonesia didakwa di dua mahkamah berasingan atas pertuduhan berkaitan aktiviti penyeludupan migran menerusi operasi khas Jabatan Imigresen (JIM) di Negeri Sembilan dan Selangor awal bulan ini.

Seorang tertuduh dihadapkan di Mahkamah Sesyen Seremban semalam, manakala dua lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Khas ATIP Klang pada 15 Mei lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, kesemua tertuduh ditahan hasil Operasi Khas JIM yang dijalankan di sekitar Seremban, Negeri Sembilan dan Rawang, Selangor pada 7 Mei lalu.

“Siasatan mendapati seorang tertuduh dipercayai berperanan sebagai ‘transporter’ dalam rangkaian sindiket penyeludupan migran.

“Dua lagi tertuduh pula dipercayai bertindak sebagai penjaga rumah penampungan yang digunakan untuk menyembunyikan migran diseludup,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, tertuduh yang berperanan sebagai ‘transporter’ didakwa di bawah Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda maksimum RM250,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Katanya, dua lagi tertuduh pula didakwa di bawah Seksyen 26H akta sama kerana menyembunyikan atau melindungi migran yang diseludup.

Mahkamah Sesyen Seremban memerintahkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Seremban tanpa tawaran jaminan dan tertuduh diarahkan terus ditahan di penjara sehingga sebutan semula kes.

Bagi dua tertuduh di Mahkamah Sesyen Khas ATIP Klang, mahkamah turut memerintahkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam dan kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin sementara menunggu prosiding lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN