Kewujudan PB di tasik berkedalaman antara satu hingga dua meter itu dipercayai berpunca daripada tindakan segelintir pihak yang melepaskan spesies ikan asing tersebut ke situ. Lama-kelamaan, ikan PB mula membiak sehingga mendominasi tasik berkenaan. Kehadiran ikan PB di dalam tasik ini hanya disedari oleh pemancing sekitar apabila mereka mengilat ikan haruan dan secara tidak sengaja dapat ikan ini. Memandangkan PB juga merupakan spesies ikan pemangsa, maka ia sentiasa tertarik kepada gewang-gewang yang dimainkan. Ia juga mempunyai daya melawan yang cukup……














