fbpx
Gambar hiasan.

Ketua Polis Pulau Pinang antara 6 pertukaran dalam PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Timbalan Pengarah Forensik/Perancangan Strategik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Dennis Lim Kwang Keng dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang dengan memangku pangkat Komisioner berkuat kuasa 20 Jun ini.

Pelantikan itu antara enam pertukaran pegawai kanan yang diumumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Asisten Komisioner Julina Salehuddin berkata, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dilantik sebagai Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Terengganu.

“Ketua JKDNKA Terengganu Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei mengisi jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

“Ketua Polis Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Kedah Superintendan Syamsul Sinring dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kulim, Kedah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, Ketua Bahagian Pengurusan, Langkawi, Kedah Deputi Superintendan Mohamad Sani Mat Ali mengisi jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Kedah dengan memangku pangkat Superintendan .

Tambahnya, Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Klang Selatan, Selangor Deputi Superintendan Ramzi Mahmudin pula dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Selama, Perak dengan memangku pangkat Superintendan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN