fbpx
SERVIS lipat baju, khidmat peneman warga emas dan jaga anak antara kerjaya moden yang semakin mendapat permintaan pada masa ini. - GAMBAR JANAAN AI

Siapa kata rakyat Malaysia malas?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Jika anda layari media sosial pasti melihat pelbagai cara kreatif rakyat Malaysia mencari rezeki untuk diri sendiri mahu pun keluarga.

Platform TikTok, Facebook dan Threads kini menjadi antara lubuk duit bagi sesiapa yang pandai dan rajin mencari peluang, sama ada secara halal atau sebaliknya.

Medium ini juga digunakan sama ada untuk meraih simpati, menipu atau ‘menjual’ bakat dan perkhidmatan yang sangat didambakan orang ramai.

Servis lipat kain, kemas bilik stor dan pakaian serta dapur selain khidmat memberi makan kepada haiwan peliharaan saat tuan tiada di rumah antara cara kreatif orang masa kini mencari peluang membuat duit.

Kain yang menggunung dan berbakul dilipat kemas mengikut jenis dan warna serta bilik bersepah disusun rapi menjadikan servis dengan bayaran mengikut jam atau per bakul menjadi perhatian ramai.

Sebelum ini, Kosmo! pernah berkongsi seorang individu berjaya meraih RM7,000 sebulan dengan menawarkan khidmat lipat kain. Iklan servis di media sosial dan rumah jadi lokasi kerja. Menarik tiada kos diperlukan.

Kerjaya moden ini menjadi satu bentuk perniagaan yang menguntungkan selain membantu ramai suri rumah mempunyai sumber pendapatan sendiri.

Di sebalik kesibukan anak-anak bekerja, terdapat individu menggunakan peluang menawarkan khidmat peneman warga emas ke klinik atau hospital. Kelebihan diperlukan adalah cukup sabar.

Di satu sudut ada individu yang memanfaatkan penganjuran program jualan raya tengah malam dan lambakan filem menarik di pawagam dengan tawaran menjaga kanak-kanak kecil.

Servis ini terbuka khusus untuk pasangan yang mahu ‘me time’ menonton filem atau membeli belah tanpa perlu membawa anak-anak kecil.

Pihak yang menawarkan servis ini adalah kaum ibu yang turut mempunyai anak kecil. Modal digunakan adalah teman anak bermain. Penjagaan sekitar tiga hingga lima jam.

Selain itu, ada pihak menjana pendapatan melalui servis peneman kepada wanita yang takut untuk keluar sendirian yang mahu membeli belah atau ke dobi.

Ketika ini service door to door antaranya mencuci sofa, memperbaiki kenderaan mahupun gunting rambut mampu menjana pendapatan lima angka sebulan.

Kerjaya ini mungkin tidak glamor atau jaminan gaji tetap setiap bulan tetapi ia antara model bisnes paling praktikal untuk orang yang mahu bermula dengan modal kecil tetapi potensi kerjaya yang stabil.

Jika dahulu ramai tidak menyangka kerja lipat kain mampu beri pulangan, namun kini ramai pengguna sanggup membayar untuk kemudahan berbanding harga murah semata-mata. Disebabkan itu kerjaya perkhidmatan ini semakin kuat permintaannya.

Kerja ini diperlukan sepanjang tahun dengan demand sentiasa ada. Apabila pelanggan berpuas hati, mereka biasanya akan repeat (ulang) berulang kali.

Kepada memerlukan jangan lepaskan peluang dan bidang ini lebih baik daripada meraih simpati sehingga digelar peminta sedekah di TikTok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN