fbpx
HAMILTON dilihat berdepan kesukaran untuk menyaingi Leclerc musim ini biarpun mengharungi musim dengan lebih baik berbanding musim lalu. - AFP

F1: Dua pelumba perlu tinggalkan trek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Bekas pelumba F1, Ralf Schumacher menggesa dua pelumba veteran, Lewis Hamilton dan Fernando Alonso supaya meninggalkan perlumbaan tersebut dan memberi peluang kepada pelumba muda.

Juara dunia tujuh kali, Hamilton kini mengharungi musim keduanya bersama Scuderia Ferrari selepas melengkapkan perpindahan besar dari Mercedes pada penghujung tahun 2024.

Hamilton menikmati permulaan musim 2026 yang lebih baik selepas kempen sulung yang mengecewakan bersama Ferrari dan akhirnya meraih podium pertamanya bersama pasukan itu di China.

Namun, pemandu Britain berusia 41 tahun itu jelas sukar untuk menandingi rakan sepasukannya di Ferrari, Charles Leclerc dalam dua perlumbaan selepas kejayaan podium tersebut.

Walaupun mengakui Hamilton berada dalam keadaan lebih baik tahun ini, Schumacher berpendapat bahawa sudah tiba masanya untuk Hamilton menamatkan kariernya kerana tidak berpeluang untuk menandingi Leclerc sepanjang musim ini.

Schumacher yang juga pemenang enam perlumbaan grand prix dan adik kepada legenda F1 Michael Schumacher, turut menggesa Alonso supaya bersara demi memberi peluang kepada golongan muda.

“Hamilton berada dalam kedudukan yang lebih baik tahun ini, tetapi sepanjang musim, dia tidak akan mampu menandingi Leclerc. Sudah tiba masanya [untuk bersara] dan saya juga perlu mengatakan perkara yang sama tentang Fernando Alonso.

“Hamilton dan Alonso telah melalui era yang hebat dalam Formula 1, tetapi kini sudah tiba masanya untuk kedua-duanya mengosongkan tempat mereka pada penghujung tahun ini dan memberi peluang kepada generasi muda,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN