fbpx
KOMBINASI gambar menunjukkan seorang pempengaruh wanita memegang tikus kecil yang menjadi perumah kepada hantavirus. – TikTok

Comelnya, ‘influencer’ usap tikus penyebar virus maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUENOS AIRES – Seorang pempengaruh wanita membelai seekor tikus kecil semasa mendaki di zon berbahaya hantavirus di Argentina, lapor akhbar The Irish Sun.

Marina Korb merakam dirinya mengendalikan haiwan itu semasa mengembara di  San Carlos de Bariloch yang menjadi tempat asal tikus yang membawa virus maut tersebut.

Rakaman di laman sosial menunjukkan Marina menemukan tikus comel itu di dalam rumput semasa berjalan di laluan pemandangan popular di Circuito Chico.

Namun,  klip video  itu mencetuskan kekecohan apabila penonton menyedari bahawa tikus kecil itu tidak melarikan diri, mendorong ramai netizen membuat spekulasi haiwan itu sedang sakit.

Marina yang tidak menyedari bahaya yang menanti bertanya: “Cantiknya, tidak bolehkah saya menyentuhnya?”

Pempengaruh itu kemudian menghampiri dan mengusap tikus itu perlahan-lahan dengan menggunakan satu jarinya.

Bariloche menjadi  habitat kepada tikus padi kerdil ekor panjang iaitu  perumah utama bagi strain virus hantavirus Andes yang membawa maut.

Tikus liar itu  hidup di selatan Argentina dan Chile serta boleh menyebarkan hantavirus melalui najis, air kencing dan air liur.

Pakar-pakar kesihatan telah memberi amaran kepada orang ramai di kawasan terjejas supaya tidak mengendalikan tikus liar  sama ada yang hidup atau mati, kerana hantavirus boleh berjangkit melalui sentuhan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN