fbpx
Jho Low.

PDRM teruskan siasatan terhadap Jho Low

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Siasatan terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low masih diteruskan meskipun lelaki itu dilaporkan sedang memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, perkara itu masih dalam perhatian pihak polis dan siasatan berjalan seperti biasa.

“Isu ini masih lagi dalam peringkat siasatan berterusan. Saya melihat perkara begini agak sensitif untuk dibincangkan,” katanya selepas Majlis Perasmian Penutupan PDRM Special Dialogue V 2026 di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya turut menjalinkan hubungan baik dengan beberapa negara berkaitan bagi membantu proses siasatan.

“Kita masih lagi meneruskan tindakan seperti dahulu dan mengadakan hubungan baik dengan negara-negara berkaitan,” katanya.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan Jho Low didakwa mengemukakan permohonan pengampunan kepada Trump dalam tempoh beberapa minggu lalu.

Laporan The Wall Street Journal menyebut, jika permohonan itu diluluskan, semua pertuduhan jenayah yang dihadapinya di AS berkemungkinan digugurkan.

Jho Low menjadi individu paling dikehendaki susulan dakwaan peranannya sebagai dalang utama dalam skandal penyelewengan dana berbilion ringgit milik 1Malaysia Development Berhad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN