fbpx
Aminuddin

Tiada exco baharu dilantik – Aminuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan tidak melantik Exco baharu bagi mengisi empat kekosongan portfolio, sebaliknya tugasan berkenaan akan dipangku oleh Exco sedia ada.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk menyusun semula tanggungjawab dan mesyuarat mengikut kelapangan anggota Exco semasa.

“Kita tiada Exco baharu, kita setuju memangku tugasan oleh Exco sedia ada,” katanya dalam sidang akhbarselepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Terdahulu, Aminuddin berkata sebarang kekosongan atau perubahan tugasan dalam kalangan Exco akan disusun semula mengikut keperluan semasa.

Empat kekosongan itu membabitkan portfolio Exco Kanan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi serta Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup yang sebelum ini disandang Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Turut kosong ialah portfolio Exco Pendidikan dan Modal Insan yang sebelum ini digalas Datuk Ismail Lasim, Exco Pembangunan Belia dan Sukan, Datuk Mustapha Nagoor oleh serta Exco Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital oleh Datuk Mohd Faizal Ramli.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN