KLUANG – Penempatan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di sekolah terutama pada waktu puncak dilihat antara langkah terbaik bagi membantu mengawal aliran trafik serta meningkatkan keselamatan murid ketika hadir dan pulang dari sekolah. Cadangan itu dilihat semakin relevan susulan beberapa insiden kemalangan melibatkan murid sejak kebelakangan ini. Yang Dipertua Persatuan Ibu, Bapa dan Guru (PIBG) SK Batu Tiga, Zunurain Zailani berkata, pihaknya mengambil langkah proaktif menggunakan anggota rela bagi memastikan pergerakan murid lebih tersusun dan selamat terutama ketika tamat sesi…














