fbpx
CHUAN HUAT menunjukkan rampasan dadah pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahrh hari ini. Foto MASTURAH SURADI

Rumah sewa jadi ‘port’ bungkus dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kegiatan sindiket menjadikan rumah sewa sebagai tempat membungkus dadah terbongkar selepas enam lelaki ditahan secara berasingan melibatkan rampasan berjumlah RM4.77 juta, minggu lalu.

Pemangku Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat berkata, dalam operasi pertama pada 7 Mei lalu, pihaknya merampas 27.54 kilogram (kg) dadah bernilai RM3.65 juta.

“Polis menahan lima lelaki berusia 27 hingga 50 tahun dalam tiga operasi di Johor Bahru. Sindiket itu dipercayai aktif sejak Mac lalu dan menjadikan apartmen ‘gated and guarded’ sebagai tempat penyimpanan dan pembungkusan dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah dan direman tujuh hari sehingga 14 Mei ini. Empat suspek mempunyai rekod kes dadah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Chuan Huat berkata, dalam operasi kedua pada 8 Mei lalu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Johor Bahru Utara menahan seorang lelaki 21 tahun di sebuah rumah sewa di Taman Perling dan merampas dadah bernilai RM1.12 juta.

“Suspek berperanan sebagai pengedar dadah dan aktif sejak Januari lalu. Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif ketamin. Sindiket menjadikan rumah teres sebagai tempat penyimpanan dan pembungkusan semula dadah sebelum diedarkan ke pasaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN