KUALA LUMPUR – Tiada lagi ketakutan dan kurang risiko rawatan berkhatan dengan teknologi ZSR di Premier Clinic, yang menawarkan kaedah lebih selamat dan pemulihan lebih pantas.
Pengasas Premier Clinic, Dr Chen Tai Ho berkata, generasi kedua penggunaan teknologi ZSR yang lebih maju di Premier Clinic ini dibangunkan bukan sahaja bagi memenuhi keperluan kanak-kanak, malah kepada golongan lelaki dewasa.
Menurut beliau, proses rawatan ZSR hanya berlangsung kurang dari sejam menerusi satu langkah sahaja yang mana tiada potongan secara manual dengan pisau atau gunting.
Selain itu, tiada juga jahitan atau prosedur menanggalkan jahitan diperlukan, selain proses penyembuhan juga lebih pantas.
Katanya, rawatan berkhatan ZSR di Premier Clinic kini menerima lebih 30 pesakit sebulan, majoritinya adalah golongan dewasa yang bukan Muslim.
“Ramai yang fikir rawatan berkhatan hanya untuk golongan muslim sahaja, namun apabila menyedari berkhatan memberikan pelbagai faedah kesihatan termasuk meningkatkan kebersihan, persepsi itu berubah.
“Ada yang sedia maklum tentang manfaatnya, tetapi bimbang dengan prosedur rawatan dan proses penyembuhan yang menyakitkan. Namun, penyembuhan akan lebih lancar selepas menjalankan berkhatan teknik ZSR di Premier Clinic,” katanya ketika menyampaikan perkongsian dan pengenalan lanjut mengenai teknologi ZSR di Premier Clinic, Bangsar semalam.
Sementara itu, doktor estetik Premier Clinic, Dr Nigel Ong Tat Wai berkata, berkhatan bukan sahaja mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing dan kemungkinan berlakunya penyakit kelamin, malah meningkatkan kualiti hubungan seksual bersama pasangan.
“Prosedur ZSR dibuat menggunakan skala pengukuran yang disertakan untuk menentukan saiz yang tepat dengan hasil pemotongan lebih sempurna.
“Peralatan yang digunakan berasaskan bahan gred perubatan berkualiti tinggi dan dapat mengurangkan risiko alahan atau jangkitan.
“Staples akan tertanggal sendiri dalam tempoh sekitar tujuh hingga empat belas hari, bergantung pada kulit individu dan pemulihan lengkap biasanya berlaku selepas semua staples tertanggal, iaitu kurang dari sebulan,” katanya.
Premier Clinic kini sedang menawarkan promosi rawatan berkhatan dengan menggunakan teknologi ZSR dan sila kunjungi laman web www.premier-clinic.com untuk maklumat lanjut.














