JEMPOL – Kekurangan fizikal sejak kecil tidak mematahkan semangat seorang wanita untuk mencari rezeki dengan berniaga secara kecil-kecilan di Ayer Hitam, di sini sejak 2019. Zaimah Sindot, 51, berkata, sebelum ini dia melakukan pelbagai kerja termasuk melakukan jualan dari rumah ke rumah dan bekerja di salon kecantikan di Bahau di sini. Menurut wanita orang kurang upaya (OKU) itu, dia lebih suka menggunakan tulang empat keratnya untuk mencari rezeki berbanding duduk di rumah walaupun pergerakannya terbatas kerana terpaksa mengguna tongkat dan……














