fbpx
Kon Yeow (dua,kiri) mengadakan lawatan di LRA Taman Mengkuang, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

Projek LRA Taman Mengkuang capai kemajuan 35 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Projek pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Taman Mengkuang bernilai RM250 juta kini mencapai kemajuan 35 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada November depan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerja fizikal projek oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang itu bermula sejak 19 Mei tahun lalu dan setakat ini berjalan lancar mengikut jadual.

Katanya, loji berkenaan akan menerima bekalan air harian daripada Empangan Mengkuang Diperbesarkan (EMD) yang mampu membekalkan maksimum 114 juta liter sehari (JLH) air terawat khususnya kepada pengguna di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) apabila siap sepenuhnya nanti.
“Loji baharu ini dibina di tepi EMD yang sebelum ini merupakan sebuah empangan strategik, di mana air disimpan di empangan adalah untuk kegunaan apabila berlaku kecemasan di LRA Sungai Dua.

“Tetapi memandangkan permintaan air semakin meningkat, maka kita melaksanakan Pelan Kontigensi Air 2030 (WCP2030) bertujuan utama untuk menggunakan apa juga sumber air mentah di Negeri Pulau Pinang,” katanya selepas lawatan tapak projek di sini hari ini.

Menurut beliau, dua paip utama turut dibina serentak bagi membolehkan penyaluran air terawat ke kawasan Bukit Mertajam dan Tasek selain membantu mengoptimumkan operasi pam air ke kawasan selatan negeri.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk K. Pathmanathan berkata, LRA Taman Mengkuang merupakan loji pertama daripada empat LRA baharu yang dibangunkan di bawah Fasa 2 WCP2030 dengan tiga lagi projek melibatkan Sungai Kerian, Sungai Perai dan Sungai Muda dijangka siap menjelang 2030. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN