fbpx
VILLA mengesahkan tempat ke pentas final Liga Europa selepas bangkit membenam Forest pada aksi awal pagi semalam. - AFP

Liga Europa: Villa bangkit mara ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BIRMINGHAM – Pengurus Aston Villa, Unai Emery semakin hampir untuk melunaskan misi apabila berjaya membawa pasukan mara ke final Liga Europa selepas menewaskan Nottingham Forest dengan agregat 4-1, awal pagi semalam.

Pada aksi di Villa Park itu, Villa bangkit daripada ketinggalan agregat 0-1 dengan meraih kemenangan 4-0 di laman sendiri hasil jaringan Ollie Watkins, Emiliano Buendia dan dua gol sumbangan John McGinn.

Keputusan tersebut menyaksikan Villa hanya selangkah untuk menamatkan kemarau trofi utama selama tiga dekad serta memburu kejuaraan Eropah pertama sejak 44 tahun lalu apabila bakal bertemu SC Freiburg di pentas final pada 20 Mei depan.

Menurut Emery, impian untuk menghadiahkan trofi Eropah kepada Villa sudah lama terpendam sejak hari pertama dilantik menjadi pengendali pasukan pada 2022.

“Dalam sidang media pertama saya di sini, saya sudah bercakap mengenai Eropah dan trofi. Tetapi, untuk memenangi trofi bukan sesuatu yang mudah.

“Pujian wajar diberikan kepada pemain yang sangat fokus dan faham taktikal yang cuba kami terapkan untuk bangkit mara ke pentas final,” katanya.

Sementara itu, Watkins mengakui rakan-rakan sepasukan terdesak untuk membalas kepercayaan Emery dengan menghadiahkan trofi berprestij kepadanya pada musim ini.

“Tiada pengurus yang lebih baik daripada Emery untuk membawa kami ke final. Dia ada rekod yang hebat dalam saingan Liga Europa,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN