fbpx
BANGKAI sebuah pesawat ringan selepas terhempas ke dalam bangunan kediaman di bandar Belo Horizonte, negeri Minas Grais, Brazil semalam. – AFP 

3 maut, pesawat rempuh bangunan kediaman 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BRASILIA – Tiga orang terbunuh dan dua lagi cedera selepas sebuah pesawat ringan melanggar bangunan kediaman di bandar Belo Horizonte, Brazil semalam.

Juruterbang dan pembantu juruterbang maut di tempat kejadian, manakala tiga lagi penumpang dibawa ke hospital, kata jabatan bomba negeri Minas Gerais.

Seorang daripada mereka meninggal dunia akibat kecederaan dan dua masih dirawat.

“Tiada sesiapa di dalam bangunan semasa kejadian. Struktur tersebut tidak menunjukkan ‘risiko jelas’ untuk runtuh,” kata pihak bomba.

Helikopter saluran televisyen TV Globo merakam detik akhir pesawat menjunam, membelok ke kiri untuk mengelak bangunan lebih tinggi lalu dan merempuh bangunan tiga tingkat itu sebelum jatuh di tempat letak kereta.

Pihak bomba berkata, pesawat melanggar tangga bangunan yang berpotensi mengelakkan lebih banyak korban.

Brazil mencatatkan 153 kemalangan udara pada tahun 2025, bersama 62 kematian. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN