fbpx
Anggota forensik menjalankan siasatan terhadap mayat seorang gadis yang dijumpai di Kampung Simah, Ketereh dekat Kota Bharu tengah malam semalam. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

Dua warga emas antara empat suspek ditahan siasat kes gadis ditikam 61 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Empat individu termasuk dua warga emas ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang gadis berusia 19 tahun yang dibunuh dengan 61 tikaman dari muka hingga ke kaki sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Simah, Ketereh di sini semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, tangkapan itu melibatkan tiga lelaki berusia dalam lingkungan 19 hingga 66 tahun dan seorang wanita berusia 60 tahun.

Menurutnya, keempat-empat suspek itu ditahan di dua serbuan berasingan di Taman Murni, Jalan Abdul Kadir Adabi di sini dan Kampung Belukar Luas, Ketereh kira-kira pukul 2.40 petang semalam hingga 2 pagi tadi.
“Kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing mendapati mereka negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah.

“Selain itu, dua buah kereta, dua unit telefon bimbit, satu set pakaian, sepasang selipar, empat unit pelapik kaki dan sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dirampas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, keempat-empat suspek akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu di sini hari ini untuk permohonan reman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap mangsa kira-kira pukul 9.30 pagi semalam mendapati, kematian gadis itu berpunca daripada kecederaan tikaman berganda pada bahagian dada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN