fbpx
NORRIS sedang mengintai peluang ekoran persaingan sengit dua pelumba Mercedes untuk melonjakkan kedudukannya. - AFP

F1: McLaren sedia curi kesempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pelumba McLaren, Lando Norris berharap persaingan sesama sendiri antara dua pelumba Mercedes mampu membantu pasukannya untuk kembali bersaing merebut gelaran dunia Formula Satu (F1).

Norris yang merupakan juara bertahan dilihat bergelut untuk mempamerkan aksi terbaik sehingga menyaksikan dia sekadar menghuni tangga kelima dalam carta kejuaraan apabila hanya mengumpul 25 mata.

Saingan musim ini menyaksikan Mercedes kembali menguasai saingan selepas Kimi Antonelli memimpin carta kejuaraan dengan 72 mata diikuti rakan sepasukan, George Russell yang mengumpul 63 mata.

“Sudah tentu saya mengharapkan mereka untuk terus bersaing sesama sendiri kerana ia mampu memberikan manfaat kepada kami. Jika situasi seperti ini berterusan, mungkin kami boleh mula merapatkan jurang.

“Saya tetap gembira untuk Kimi (Antonelli) kerana dia melakukan tugas yang sangat baik pada tahun keduanya dalam F1. Saya tahu dia bersaing dengan George (Russell) tetapi ia sebenarnya baik untuk kami,” katanya.

Sementara itu, McLaren dijangka tampil berbeza pada perlumbaan Grand Prix (GP) Miami di Litar Antarabangsa Miami hujung minggu ini apabila bakal menerima pakej naik taraf baharu yang lebih mantap.

“Saya tahu kami memulakan saingan musim ini dengan kurang baik tetapi sudah pasti kami masih ada keyakinan untuk merapatkan jurang dan kembali mencabar pasukan-pasukan di atas,” ujar Norris. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN