fbpx
Khaizalullinudin menunjukkan gambar anaknya di Astana Alam, Puncak Alam, Kuala Selangor. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO

‘Yakin itu Abe, harap segera dapat keputusan DNA’ – Bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – “Melihat kaki dan seluar yang dipakainya, itu memang Abe,”.

Demikian kata Khaizalullinudin Noordin, 45, yang yakin mayat ditemukan di tebing sungai Sungai Buloh, Ijok di sini, adalah anak sulungnya, Khairil Izani, 10.

Menurutnya, penemuan mayat itu dimaklumkan adiknya yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat bersama pasukan bomba.

“Bagi mendapatkan kepastian, saya kemudian bergegas membuat proses pengecaman di Unit Forensik Hospital UiTM, Puncak Alam.

“Selepas tengok seluar hitam yang dipakai dan kaki dia (mayat), saya tahu serta yakin itu Abe,” katanya sebak ketika ditemui di kediamannya di Astana Alam di sini, malam tadi.

Selasa lalu, Khairil Izani hanyut dibawa arus deras selepas terjatuh ke dalam longkang selepas dipercayai bermain bola ketika hujan lebat di Lorong Cakera Purnama, Puncak Alam, kira-kira pukul 3 petang.

Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang berpakaian lengkap kemudian ditemukan bomba di tebing sungai, kira-kira pukul 1 petang semalam.

Khaizalullinudin berkata, keluarganya berharap proses pengecaman DNA dapat disegerakan bagi membolehkan urusan pengebumian dilakukan secepat mungkin.

“Saya sudah beritahu supaya percepatkan proses pengebumian dan tidak mahu ia tertangguh lama. DNA saya dan isteri sudah diambil. Kami kini hanya tunggu maklumat daripada pihak berkaitan,” katanya.

Tambah bapa kepada tiga anak itu, Khairil Izani dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Cerakah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN