fbpx
Keadaan beberapa lokasi di Kepala Batas setelah dilanda ribut, semalam.

Ribut di Kepala Batas: 75 premis, rumah rosak – Bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Sebanyak 75 premis termasuk kediaman di kawasan Kepala Batas di sini dilaporkan rosak akibat kejadian ribut yang berlaku petang semalam.

Antara lokasi yang terlibat adalah di Kampung Kovil, Kampung Permatang Bertam, Kampung Transit, Taman Sri Sedang, Kampung Datuk dan Permatang Manggis.

Turut terjejas adalah bangunan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Kadir, Sekolah Rendah Hashim Awang, Hospital Kepala Batas dan Balai Bomba Kepala Batas.

Bagaimanapun, tiada laporan mangsa terlibat dalam bencana yang berlaku kira-kira pukul 7 malam itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, kebanyakan premis berkenaan mengalami kerosakan pada bahagian bumbung setelah diterbangkan angin selain melibatkan kejadian pokok tumbang.

“Kejadian ribut yang berlaku lewat petang semalam mengambil masa kira-kira 15 hingga 20 minit.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menjalankan kerja-kerja memotong dan membersihkan pokok tumbang di setiap lokasi insiden dan dibantu oleh balai bomba berhampiran.

“Insiden melibatkan struktur bumbung yang rosak pula telah berjaya dialihkan dari kawasan yang terlibat dengan selamat,” katanya di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, PKO turut membuat pemantauan di sekitar kawasan berkenaan dan mendapati tiada mangsa yang dilaporkan terlibat.

Beliau memberitahu, operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada 12.18 malam tadi setelah pasukan memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi-lokasi yang terlibat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN