fbpx
WAN AHMAD DAHLAN (dua dari kanan) menziarahi pesara Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Md Suli Daud dan isterinya melalui program Ziarah Pesara Uzur di Sri Lalang, Kluang hari ini. Foto ADNAN IBRAHIM/KOSMO!

BDR tidak jejas perkhidmatan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Perkhidmatan awam tidak akan terjejas walaupun hampir 20,136 orang penjawat awam terlibat dalam perlaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) yang telah berjalan sejak seminggu lalu kerana ia dilaksanakan dengan penuh perancangan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, langkah dilaksanakan kerajaan itu telah disusun atur dengan melibatkan mereka yang boleh melaksanakan tugas di rumah sahaja manakala kakitangan berkait kepada perkhidmatan secara terus dengan orang ramai akan terus kekal bekerja seperti biasa.

Jelasnya, semua penjawat awam pula hanya melakukan BDR pada hari Selasa hingga Khamis manakala pada Isnin mereka perlu hadir untuk menerima penugasan sebelum hadir semula menyerahkan tugas yang perlu diselesaikan pada Jumaat.

Katanya, berikutan daripada langkah ini, kerajaan berjaya menjimatkan penggunaan petrol dianggarkan 120,816 liter sehari dengan penjimatan subsidi sebanyak RM239,215.68

“Untuk tempoh 10 hari selepas BDR dilaksanakan, kerajaan berjaya berjimat sebanyak 979,632 liter bersamaan jumlah subsidi sebanyak RM1,925,394.90 dengan anggaran penggunaan kira-kira 6 liter bagi setiap seorang penjawat awam.

“Dari segi produktiviti tidak terjejas dan perkhidmatan kepada rakyat berjalan seperti biasa, tidak ada masalah pun,” katanya selepas menghadiri Program Ziarah Pesara Uzur kepada empat orang pesara penjawat awam di Kluang hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN