fbpx
Anggota polis dan bomba mengangkat mayat mangsa di tebing sungai Sungai Buloh, Ijok, Kuala Selangor. Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED/KOSMO!

Mayat Khairil Izzani ditemukan di tebing Sungai Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Pencarian seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang hanyut dalam longkang kelmarin berakhir apabila mayatnya ditemukan di tebing Sungai Buloh, Ijok di sini, hari ini.

Mayat Khairil Izzani Khaizalullinudin dijumpai dalam keadaan terapung oleh pasukan penyelamat pada pukul 1 tengah hari tadi.

Ketua Zon 7 Selangor Utara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, operasi pencarian hari ini meliputi kawasan seluas lima kilometer (km) dari Pusat Kawalan Bomba (PKB) Taman Alam Jaya.

Ketika ditemukan, mangsa berpakaian lengkap termasuk berseluar gelap. Jarak lokasi penemuan itu dengan tempat mangsa terjatuh dianggarkan 10km.

“Mayat kanak-kanak itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Proses bedah siasat ke atas mayat mangsa akan dijalankan di Jabatan Forensik Hospital UiTM.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan mangsa dipercayai lemas selepas terjatuh dan hanyut ke dalam longkang yang berarus deras ketika hujan lebat petang kelmarin.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN