fbpx
ARSENAL memiliki kelebihan menjelang aksi di laman sendiri selepas berjaya mengikat Atletico di Metropolitano. - AFP

UCL: Arteta percaya peluang cerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta percaya pasukannya masih memiliki kelebihan walaupun sekadar meraih keputusan seri 1-1 ketika menentang Atletico Madrid di Stadium Metropolitano dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi semalam.

Pada aksi separuh akhir pertama itu, kedua-dua pasukan saling memberikan tentangan sengit dengan gol The Gunners dijaringkan oleh Victor Gyokeres, manakala tuan rumah menyamakan kedudukan hasil penyudah Julian Alvarez.

Menurut Arteta, keputusan tersebut meletakkan pasukan berada di posisi yang baik terutama apabila bakal berdepan perlawanan kedua di laman sendiri, minggu depan.

“Aksi separuh akhir baru sahaja separuh perjalanan. Namun, saya anggap kami berada dalam kedudukan yang luar biasa dan segalanya kini terletak di tangan kami untuk berikan yang terbaik di Stadium Emirates nanti.

“Cuma, kita perlu kekal fokus kerana perlu memberi perhatian terhadap aksi domestik dahulu minggu ini dan harap pemain terus konsisten menjaga kecergasan serta tidak berpuas hati dengan prestasi semasa,” katanya.

Dalam masa sama, pengendali Sepanyol itu tidak dapat menyembunyikan kemarahannya terhadap keputusan kontroversi pengadil, Danny Makkelie yang membatalkan penalti selepas semakan VAR apabila Eberechi Eze dijatuhkan pada babak kedua.

“Keputusan pengadil telah mengubah perjalanan perlawanan. Dia mengambil masa lama menilai semula insiden tersebut dan sukar untuk terima keputusan seperti ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN