fbpx
Gambar yang dikongsi Anwar di laman Facebooknya.

AirTrunk tambah pelaburan RM12 bilion – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri memaklumkan, syarikat platform pusat data hiperskala terkemuka di Asia Pasifik dan Asia Barat, AirTrunk akan meningkatkan pelaburan sebanyak RM12 bilion lagi pada tahun ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah terbaharu itu menjadikan pelaburan komited berjumlah RM27 bilion di Malaysia.

Jelas Perdana Menteri, perkara tersebut dimaklumkan sewaktu beliau menerima kunjungan hormat daripada Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif AirTrunk, Robin Khuda serta delegasi semalam.

“Selain itu, perbincangan turut menyentuh kemajuan pembinaan semasa pusat-pusat data AirTrunk di Johor dan rangka kerja lokalisasi bagi meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian nilai pusat data.

“Komitmen pelaburan ini amat dialu-alukan dan diyakini akan memperkukuh lagi kedudukan Malaysia sebagai hab digital serantau yang berdaya saing, progresif dan berkeupayaan tinggi,”katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, keputusan itu mencerminkan keyakinan para pelabur, terutamanya syarikat-syarikat teknologi global akan kelebihan Malaysia sebagai rakan strategik.

Ia juga sebagai usaha kerajaan dalam memperkemas dasar serta tahap kecekapan pembangunan dan operasi pusat-pusat data.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN