fbpx
Lek Khang.

Bekas Ketua Bersekutu Bersatu Johor cedera terkena tembakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Bekas Ketua Bersekutu Bersatu Johor, Datuk Tan Lek Khang dilaporkan cedera selepas tertembak dirinya sendiri ketika latihan menembak di sebuah pusat latihan di Kota Tinggi, di sini hari ini.

Difahamkan, ahli politik itu yang mengalami kecederaan di bahagian dada sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

Pada 13 Februari lalu, Lek Khang mengumumkan peletakan jawatan dan keluar Bersatu berkuat kuasa serta-merta berikutan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN