fbpx
KOMBINASI gambar menunjukkan jaket S506XXE dari era Perang Dunia Kedua. – FIVESTAR INC

Jaket terpakai harga lebih RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Sehelai jaket Levi’s memecahkan Guinness World Records sebagai jaket denim terpakai paling mahal, lapor majalah WWD.

Jaket Levi’s S506XXE dari era Perang Dunia Kedua itu dijual pada harga 55 juta yen (RM1.36 juta), baru-baru ini.

Jaket itu penting kerana berasal dari era ketika tekstil dicatu. Ia mempunyai bahagian belakang terbelah yang unik, di mana dua keping fabrik dijahit untuk mencipta bahagian belakang jaket.

Sebuah kumpulan salun kecantikan, Fivestar Inc., membeli jaket itu. 

Dalam temu bual dengan Guinness World Records, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Masayuki Sasaki menekankan keindahan denim tersebut.

“Ini bukan tentang betapa mahalnya sesuatu pembelian. Ia adalah isyarat untuk menunjukkan bahawa nilai estetika Jepun telah dipupuk ke tahap di mana kami mencari dan menghargai warisan budaya dunia untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

“Keindahan tidak terhad kepada rambut dan kosmetik. Pakaian, persekitaran, pergerakan dan masa, semua ini menyumbang kepada keindahan,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN