fbpx
KEADAAN sebuah traktor yang terjatuh ke dalam kolam buangan sisa sawit di sebuah kilang sawit di Raub semalam.

Pemandu lemas, traktor terjatuh dalam kolam buangan sisa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAUB – Seorang pemandu traktor maut selepas jentera yang dipandunya terjatuh ke dalam kolam buangan sisa sawit di sebuah Kilang Sawit Tian Siang Oil Mill dekat Tersang di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, kejadian kira-kira pukul 10 malam itu berlaku ketika mangsa, Mohamad Syariffudin Jemain, 37, sedang mengendalikan jentera di kawasan kilang sawit berkenaan.

“Semasa sedang melakukan pergerakan mengundur, jentera tersebut telah hilang kawalan sebelum terbalik dan memasuki kolam berhampiran.
“Akibat daripada kemalangan tersebut mangsa telah tersepit dan lemas serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Ambulans Hospital Raub,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya mayat mangsa di bawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan tidak berturap dan semasa kejadian cuaca baik dengan permukaan jalan basah.

“Hasil siasatan awal mendapati bahawa kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu semasa mengendalikan jentera sehingga menyebabkan kemalangan berlaku,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN