fbpx
HAKIM Danish akan memulakan perlumbaan GP Sepanyol di petak ke-10 esok.

Moto3: Hakim Danish tempah petak ke-10 di Jerez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan pada sesi kelayakan di Grand Prix (GP) Sepanyol hari ini apabila berjaya menempah petak ke-10 di Litar Jerez, sebentari tadi.

Biarpun berdepan tekanan awal di Q1, pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSI itu tidak berputus asa apabila meningkatkan kelajuan dan memperbaiki kelemahan di beberapa selekoh sebelum menamatkan sesi di kedudukan keempat, hanya 0.445 saat di belakang pelumba terpantas untuk melangkah ke Q2.

Momentum cemerlang itu diteruskan dalam Q2 apabila anak jati Terengganu tersebut terus memberi saingan sengit dalam kelompok pelumba terbaik Moto3 sebelum menamatkan sesi di petak ke-10 keseluruhan menerusi catatan satu minit 45.273 saat (s).

Lebih menarik, Hakim Danish yang 1.203s di belakang pelumba Sepanyol, Maximo Quiles yang muncul selaku pelumba terpantas dengan masa 1:44.070s untuk menempah petak utama.

Keputusan tersebut menyuntik keyakinan buat pelumba berusia 18 tahun itu untuk memburu keputusan lebih baik pada perlumbaan sebenar, apatah lagi petak ke-10 masih dianggap posisi terbaik untuk mencabar kelompok hadapan.

“Syukur Alhamdulillah, saya berjaya menamatkan P10 dalam sesi kelayakan tadi. Dalam Q1 saya cuba terus menekan untuk layak ke Q2 dan saya berjaya lakukannya.

“Dalam Q2 pula memang agak sukar sebab ramai pelumba sangat laju. Saya cuba ikut pelumba-pelumba pantas dan masih ada beberapa sektor yang saya perlu perbaiki lagi.

“Untuk esok, saya hanya mahu kekal fokus dan cuba berada rapat bersama kelompok depan. Insya-Allah. Saya harap rakyat Malaysia dapat doakan kejayaan saya,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN